27.8.07

Sesi Memberi Komen & Renungan

Kamu akan menyemak tugas rakan kamu ( tanpa perlu menandakan apa-apa) berdasarkan nota-nota yang telah saya lampirkan di dalam 'folder saya - 3N). Sila gunakan panduan di bawah untuk memastikan apa yang harus disemak :

  1. format
  2. pendahuluan(susunan idea)
  3. isi - adakah hanya ada 1 isi utama untuk setiap perenggan isi ? Adakah isi tersebut dikembangkan ? Adakah contoh-contoh yang sesuai diberikan bagi menyokong isi tersebut ?
  4. penutup - adakah 'kata kunci' yang telah diajar di dalam kelas digunakan ?

Sila tuliskan komen-komen kamu mengikut urutan di atas ini. Sebelum memulakan penyemakan, sila tuliskan nama kamu terlebih dahulu. Kemudian tuliskan kamu akan memberi komen kepada....contoh

Hanif - komen untuk Aisyah

  1. format - Saya dapati......
  2. pendahuluan - pendahuluan kamu.....
  3. isi - .......
  4. .......
Pastikan komen kamu lengkap dan meliputi segala aspek dengan cukup. Setelah selesai sesi ini, kamu dikehendaki membaca komen yang telah diberikan untuk kamu dan menuliskan satu renungan ( 30 - 50 patah perkataan )...contoh

Renungan Aisyah

Melalui apa yang telah dikatakan oleh Hanif, saya kini sedar bahawa.................

Selamat Bertugas !!!!

36 comments:

deaweena said...

Nazurah-Komen untuk Nasrul
-Format;Nasrul,tugasan format kamu tidak ada dalam fail tugasan.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
deaweena said...

haqimah to hasinah...(:
untuk bahagian pengenalan,anda harus mempekenalkan diri anda pada penerima dan apakah tujuan menulis surat itu.
yang lain...ok...heh..(:

deaweena said...

Nazurah-komen untuk Nasrul
-Pendahuluan;Nasrul,kamu memulakan pendahuluan kamu tanpa memperkenalkan diri kamu.

deaweena said...

Nazurah kepada Nasrul
-Pendahuluan;Bagi penerangan dan contoh harus dijelaskan dengan lebih lagi,bukan hanya sepotong ayat. Memperkenalkanlah nama kamu

deaweena said...

Aisyah-Komen to Raudhah
-Format:Tidak ada kesalahan apa-apa(:
-Susunan Idea:Pengenalan kamu salah. Harus memperkenalkan diri di dalam pengenalan (:

Unknown said...

wardah to liyanna-format utk format tidak ada penerangan utk pengenalan?

Md Hafiz / Irshad said...

Hafiz- Komen untuk Naufal

Format SKR Naufal baik dan dia mengikut ciri-ciri surat kiriman.Naufal susunan idea kamu tidak mengenalkan diri anda.Adakah kamu pelajar ke penduduk?

ZILAH ♥ said...

zilah- komen untuk irsyad :D
format- di antara blok dan tampines ada jarak.
-Singapura, bermula dengan huruf besar.
- terima dan kasih ada jarak.
- nama di bawah yang benar.

(:

deaweena said...

haqimah kepada hasinah..
untuk format semuanya bagus-bagus belaka.tiada kesilapan..(:

deaweena said...

Raudhah-komen untuk Aisyah

-Surat rasmi(format):
tiada apa-apa kesalahan.Cuma kurang nota-nota dan cacatan.

-Surat rasmi(susunan idea):
pengenalan salah.Harus memperkenalkan diri,jangan terus memberi tujuan menulis.isi-isinya bagus.Penutup ada masalah sedikit.

cgfilza said...

Pastikan komen yang kamu berikan kepada rakan jelas dan lengkap - kalau isi dia ok, beritahu dia. Jangan berdiam diri. Nanti dia tertunggu-tunggu !!!

deaweena said...

Aisyah-Komen to Raudhah
-Isi: Isi kamu cukup baik.
-Penutup: Ia terlalu pendek untuk saya. haha ! :)

Md Hafiz / Irshad said...

Irshad- komen Zazilah

Idea bagus.

deaweena said...

nasrul-komen untuk nazurah'
-format anda bagus. Cuma ada sedikit salah ejaan.

deaweena said...

Nazurah-komen untuk Nasrul


-Isi pertama;Mengapakah kamu menyatakan bahawa had masa yang diambil untuk kerja-kerja ubah elok dilakukan BUKAN waktu yang seharusnya mereka bermula atau juga berhenti bekerja??????!

cgfilza said...

Pastikan komen yang kamu berikan bukan komen umum ( general comments ) Rakan kamu harus tahu jika ada masalah dalam bahagian pendahuluan - apa masalahnya. Berikan komen secara terperinci ( in detail ) agar rakan kamu akan tahu di mana letaknya kesilapan ataupun kekurangannya - mudah-mudahan dia akan pelajari daripada kesilapannya !!!!

deaweena said...

Nano kpd NasruL,

-Isi kedua;Apakah masalah telah diketengahkan atau hendak diketengahkan?

deaweena said...

komen nasrul untuk nazurah
-Format;Nazurah format anda bagus.Cuma ada sedikit masalah dalam ejaan anda. Syabas!

deaweena said...

haqimah kepada faris..
untuk format pada bahagian tarikh ingat bahawa bulan harus dieja dan no shortcut eh..dan nama dan alamat penerima akan diberi dalam soalan.Subjek harus pendek dan harus menepati tujuan. untuk isi, kebangakan idea kamu.
rujuk kembali pada format yang telah kami bincangkan di kelas. pada akhirnya,tidak ada perlu untuk menjarakan bila hendak tanda tangan dan menulis nama penuh.ok??

Md Hafiz / Irshad said...

hafiz - komen Naufal

Di bahagian perenggan isi utama 1 kamu menyatakan bahawa Pelajar-pelajar yang mendiami di HDB tersebut akan terasa amat tertekan demi buyi-bunyi yang bising dari pekerjaan yang tidak berhenti hingga larut malam. Adakah bunyi bising itu menggangu semua pelajar yang mendiami di blok itu? Tak masuk akal.Padahal bunyi itu berpuca dari rumah jiran sebelah anda.Macam mana boleh bunyi itu samapi ke seluruh blok itu.

Anonymous said...

-Naufal komen Hafiz
Syabas Hafiz! Saya tidak dapat mengesankan apa-apa kesalahan bagi tugas kamu di bahagian SKR. Walaubagaimanapun, ada beberapa kesalahan ejaan yang saya dapat mengesankan di bahagian susunan idea. Selain itu, kamu telah menjalankan tugas kamu dengan baik!

Md Hafiz / Irshad said...

Irshad- Komen to Zazilah

Idea bagus tapi kembang sikit.

deaweena said...

renungan Raudhah-
Saya kini sedar bahawa saya harus memanjangkan lagi penutup saya supaya orang boleh memahami dengan jelas lagi.Dan saya harus mengenalkan diri saya sebelum memberi tujuan mengapa saya menulis surat itu.

deaweena said...

Renungan Aisyah

Melalui apa yang telah dikatakan oleh Raudhah,saya kini sedar bahawa format surat rasmi saya tidak cukup nota-nota dan catatan.

deaweena said...

faris..untuk susunan idea..
dalam sebelah isi utama beritahu siapa yang terlibat. namakan orang yang terlibat.kalau beli alasan.alasan untuk apa??

Unknown said...

wardah to liyanna-format untuk surat kiriman rasmi tidak ada penerangan pengenalan.

susunan idea-utk pendahuluan kamu harus menjelaskan dengan lebih jelas lagi utk contoh kamu.kamu mempunyai berapa salah ejaan.ada perkataan inggeris...

deaweena said...

Seha-Komen untuk Hanif
-Format: Nota dan catatannya lengkap. Tidak mempunyai kesalahan dalam bahasa.

-Pendahuluan: Telah memperkenalkan diri dari mula dan lengkap menjelaskan tujuannya dan penyebab-penyebab yang ingin diadukan.
-Isi 1: Begitu terperinci menjelaskan sebab-sebab mengapa masalah tersebut berpunca.Begitu lengkap cuma tidak perlu menerangkan masa pelajar itu rasa ngantuk.Keseluruhannya,tidak mempunyai kesalahan ejaan.
-Isi 2: Sering menggunakan ejaan- ejaan yang pendek.Tidak mempunyai banyak kesalahan dalam bahasa dan ejaan.
-Isi 3: Penjelasannya begitu lengkap begitu juga bahasa yang digunakan.
-Penutup: Telah memberi tahu dan menjelaskan tujuan aduannya dan telah meminta tindakan sewajarnya. TEtapi ejaan yang digunakan bukan dalam ejaan penuh.

deaweena said...

Hanif-komen untuk Seha
format-Saya lihat format dia semua sudah lengkap dan didapati tidak ada apa-apa kesalahan.

pendahuluan-bagi pendahuluan kamu,kamu tidak memperkenalkan diri anda dahulu dan terus memasukkan isi yang sepatutnya dimasukkan di perenggan dua dan seterusnya.Dia telah memasukkan kebanyakan isi-isi di bahagian pengenalan.

isi-Untuk isi 1, bagus dan tidak ada kesalahan. Dia telah juga menjelaskan dengan terperinci begitu juga dengan isi kedua tetapi tidak usah panjang lebar sangat isi anda kerana saya tahu isi anda sudah lebih dari cukup.Yang pentingnya kamu memasukkan isi yang relevant bagi surat anda. Baiklah,untuk isi 3 juga cemerlang dan kamu mengeluarkan idea dan bahasa yang baik.

penutup-Tetapi saya rasa kamu keliru bagaimana untuk mentup surat anda.Salah untuk kamu menulis 'harap mempertimbangkan..'.Ini adalah surat cadangan dan kamu ingin menulis surat aduan yang sepatutnya menulis 'harap mengambil tindakan secepatnya....'.

deaweena said...

Nano kpd Nasrul

-Isi ketiga;Nasrul,secara umum; pekerja-pekerja tidak seharusnya terjerit-jerit.Ini adalah satu kesalahan. Sebaiknya,ini adalah maslah berkomunikasi. Kamu mendapati kurang selesa untuk berkomunikasi disebabkan bunyi yang bising itu.

deaweena said...

Hasinah-komen untuk Haqimah
format- Saya dapati format awak sudah lengkap dan tidak ada kesalahan. Syabas!
Pendahuluan- Bagus awak telah memperkenalkan diri anda dan tujuan anda menulis surat ini.Tetapi jelaskan ayat anda dengan betul.
Isi- contoh-contoh yang telah anda berikan amat baik tetapi pada perenggan pertama anda mengulangi isi utama anda ke dalam penerangan anda. Namun begitu, kesuluruhannya amat baik. Cadangan saya ialah anda boleh membahagikan contoh-contoh anda kepada beberapa bahagian yang mudah anda huraikan.
Penutup- isi penutup yang anda berikan amat baik dan contoh yang diberikan juga bagus.Keseluruhannya juga memuaskan.

Unknown said...

wardah to liyanna-
isi 2 utk susunan idea tk ada kena-mengena...

deaweena said...

Nano kpd Nasrul


-Penutup;Bagi penutup kamu,ianya bukan sesuatu masalah yang harus disiasat. Tetapi ianya sesuatu maslah yang harus dipertimbangkan untuk tidak menganggu ketenteraman para penduduk di sekitar estet flat itu.

cgfilza said...

Syabas semua ! Berdasarkan apa yang telah saya baca, nampaknya kamu faham apa yang dikehendaki dalam penulisan sepucuk surat rasmi. Cuma perhatikan beberapa perkara : -

1) Tujuan menulis surat dalam perenggan pendahuluan tidak perlu panjang lebar - sekadar memperkenalkan apakah masalah yang kamu hadapi ( 2 -3 potong ayat sudah memadai ).

2) Bagi penulisan perenggan ISI - ikut urutan ini :
Ayat pembuka ( mengandungi isi utama )
Huraikan ayat pembuka itu.( masukkan perasaan kamu juga )
Masukkan contoh yang sesuai.( apa yang kamu lalui )

3) Penutup - Jika surat aduan , apakah 'kata kunci' yang perlu ada ? SIla rujuk nota ya. Jangan silap ! Kalau kamu ada berikan cadangan dalam perenggan baru, baru boleh katakan kamu harap cadangan itu dipertimbangkan. Tetapi biasanya kalau surat itu hanya perlu untuk kamu 'Buat aduan' - biasanya tidak perlu berikan cadangan.

Cikgu

deaweena said...

Renungan-Nazurah;

Saya dapati bahawa kesalahan yang selalu dilakukan sering salah ejaan,saya akan terus memastikan bahawa saya tidak lupa menyemak ejaan.

deaweena said...

Renungan Hasinah
Saya sedar bahawa saya tidak memperkenalkan diri saya dan memberi tujuan saya menulis surat ini. Saya akan cuba untuk tidak mengulangi kesilapan saya.Terima kasih atas komennya.Juga saya akan berhati-berhati bila menyusun idea saya.