Sila fikir-fikirkan isi untuk soalan karangan berikut ( Set Latihan 1 )
Soalan:
Sila selesaikan cerita berikut :
Aku tidak tahu mengapa ibu bapaku masih tidak mahu mempercayaiku walaupun sudah berkali-kali aku jelaskan kepada mereka yang aku tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Cikgu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Aku tidak mahu mengapa ibu bapaku tidak mahu mempercayaiku walaupun sudah berkali-kali aku jelaskan kepada mereka merka yang aku tidak melakukan apa-apa kesalahan.Ibu bapaku telah menfitnakku merokok kerana terjumpa sekotak rokok di beg sekolah aku.Aku memberitahu mereka yang rokok itu bukan milik aku,tetapi mereka enggan percaya.
Keesokkan harinya,ibu bapa saya ke sekolah untuk melaporkan hal ini kepada guru disiplin tentang kejadian tersebut.Sya menyampuk berbincangan yang sedang berlaku antara ibu bapa dan guru disilplin saya.Saya memberitahu mereka kemungkinan besar saya telah difitnah.Munkin mereka atau sesiapa telah meletakkan rokok itu ke dalam beg saya sewaktu saya sedang sibuk melakukan kerja lain.
Mereka juga rasa ada kemungkinan apa yang saya katakan itu benar.Guru disiplin memeberitahu orang tua saya yang dia dan guru yang laen akan menyiasat hal ini.keesokkan harinya,guru disiplin memberitahu seluruh sekolah tentang kejadian tersebut dan memberi peluang kepada sesiapa yang melakukan hal itu untuk mengaku supaya hal ini dapat diperbualkan dengan cara yang baik.Tetapi tiada sesiapa pun yang mengaku.
Dari itu,guru disiplin langsung ke biliknya dan memainkan semula rakaman kamera yang terletak di setiap tingkat bilik darjah.Dia ingin mencari sesapa yang telah memesuki kelas saya di waktu rehat yang sala dari segi undang-undang sekolah.dari rakaman itu,die terlihat seorang murid dari menengah 4e5 telah memasuki kelas saya.Budak itu memang suka mengena-ngenakan orang lain.hari itu,guru disiplin saya mengintip setiap gerak geri budak itu.Budak itu terkejut apabilah guru disiplin memasuki tandas lelaki dan dia sedang merokok.
Dia telah di bawa ke bilik disiplin dan didenda.Dia juga telah mengaku meletak sekotak rokok itu ke dalam beg saya.Dia akan dirotan sebanyak 3 kali dan dikeluarkan sekolah selama 2 bulan.Sejak kejadian itu,ibu bapa saya sentiasa mempercayai saya dan saya tidak akan mengabaikan kepercayaan itu.
Aku tidak tahu mengapa ibu bapaku masih tidak mahu mempercayaiku walaupun sudah berkali-kali aku jelaskan kepada mereka yang aku tidak melakukan apa-apa kesalahan. Aku menangis air mata darah pun mereka tidak akan percaya aku.Aku tidak mencuri apa-apa pun.Aku cuma ikut Ahmad ke kedai itu.
Aku tidak tahu yang dia mahu mencuri.Aku fikirkan yang dia mahu pergi ke kedai telefon itu untuk melihat telofon bimbit yang terbaru.Tidak aku sangka yang dia akan mencuri.Ahmad kononnya ingin membeli telefon bimbit yang dia idam-idamkan.Setelah jurujual itu memberi dia peluang memegang telefon bimbit itu,Ahmad terus melarikan diri seperti dikejar anjing.Aku terperanjat dan tidak tahu apa yang aku harus lakukan.Jadi,aku pun melarikan diri.Oleh kegemukkan ku,aku tidak dapat lari selincah Ahmad.Akhirnya,nasib tidak meyebelahiku.aku dapat ditangkap oleh jurujual itu.
Aku dituduh bersubahat dengan Ahmad mencuri telefon bimbit itu.Aku sudah banyak kali memberi tahu aku tidak bersalah dan tidak tahu bahawa Ahmad mahu mencuri.Aku ditahan sehingga aku diserahkan kepada polis.Di balai polis Bedok aku disoal siasat seperti aku membuat perkara yang paling kejam di dalam dunia.Saat itu aku rasa aku ingin kembali dalam perut ibuku.Aku takut sehingga aku menangis seperti budak kecil.Aku tidak bersalah.Ahmad yang mencuri bukan aku! Setelah beberapa jam dalam lokap,aku diikat jamin oleh ibubapaku.Aku bersyukur kepada Illahi.Keluar sahaja dari balai polis,ibuku sudah mula belehteh. Dia tidak percaya bahawa aku tidak bersubahat dengan Ahmad! Ibuku sendiri tidak mempercayai aku.
Aku amat sedih dan marah terhadap sikap ibuku dan terutama lagik,Ahmad! Aku tidak sangka dia menggunakan aku untuk melarikan diri. Aku rasa ingin sahaja membunuh dia dan tidak melihat mukanya lagik. Keesokkan hari,aku dapat tahu bahawa Ahmad telah ditangkap. Pada mulanya,aku rasa gembira dan puas kerana dia telah ditangkap.Tetapi setelah aku terkenangkan ibunya yang sedang sakit kuat dan bekerja seorang diri.Bapa Ahmad sudah lama meninggalkan keluarga Ahmad.Aku amat sedih dan rasa kecian terhadap ibu Ahmad.Aku tidak dapat terbayang bagaimana ibu Ahmad akan menerima berita itu.Ahmad tidak dapat keluar dari lokap polis kerana ibunya tidak dapat mengikat jaminnya.
Setelah beberapa hari menyiasat,aku didapati tidak bersalah tetapi Ahmad telah dituduh mencuri.Aku berasa teramat kasihan terhadap Ahmad.Dia masih muda dan dia masih ada harapan untuk masa depan yang cerah.Tetapi ini tidak dapat dicapai kerana dia telah membuat perkara yang amat bodoh dan hanya mementingkan diri sendiri.
Walaupun Ahmad telah menggunakan aku,aku masih anggapnya sebagai kawan. Aku tidak tahu mengapa. Mungkin kerana aku seorang suka memaafkan kesilapan orang.Jadi,aku memujuk ibubapaku untuk memasangkan peguam untuk menolong Ahmad.Setelah beberapa kali memujuk mereka dan memberitahu keadaan ibu Ahmad,ahkirnya mereka bersetuju.
Setelah lama direman polis,Ahmad telah dibebaskan.Dia tidak dihantar ke Rumah Kebajikan.Dia telah dikenakan probehtion selama tiga tahun.Aku dapat melihat wajah-wajah Ahmad dan ibunya.Mereka berasa amat gembira.Apabila Ahmad dapat tahu yang aku yang menolongnya,tangisan mengalir dipipirnya.Dia teramat menyesal terhadap kelakuannya dan meminta maaf kepadaku.Aku hanya tersenyum dan berkata,"Aku akan sentiasa menolong kawanku apabila dia susah walaupun dia mengkhianati kau".
nasrul's karanagan
Post a Comment