Salam sejahtera
Di sini saya akan berikan arahan bagi melengkapkan tugasan cuti sekolah ini. Jangan khuatir, tugasnya tidaklah seberat mana. Namun, saya begitu mengharapkan agar kamu dapat melaksanakannya agar apabila kita berjumpa kembali selepas cuti sekolah, pelajaran boleh berlangsung dengan lancar.
Arahan:
1. Kamu dikehendaki membaca sebuah novel ataupun cerpen. ( Bagi mereka yang ingin membaca cerpen, bacalah beberapa buah cerpen dahulu sebelum memilih 1 cerpen )- Jangan lupa tuliskan Tajuk dan Penulis buku ya !
2. Berikan ringkasan cerita (panjangnya di antara 20 - 30 patah perkataan )
3. Berikan Ulasan cerita iaitu nyatakan pandangan kamu terhadap tema, persoalan, plot, watak-watak dan sebagainya. ( panjangnya di antara 30 - 50 patah perkataan )
4. Buat satu senarai perkataan ataupun frasa berbunga yang telah digunakan dalam buku cerita tersebut.
Laksanakanlah dengan sempurna ya !! Kamu mungkin perlukan maklumat-maklumat tersebut untuk menulis karangan nanti !
Selamat Bertugas dan Selamat Bercuti !!
Cikgu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment