7.3.08

Pandangan tentang Mas Selamat

Apakah agaknya kesan yang dapat dirasai oleh rakyat Singapura tentang isu yang berkaitan dengan pelarian Mas Selamat ? Apakah pandangan kamu tentang isu / hal tersebut ?

14 comments:

SYASYA said...

Pandangan saya tentang kelarian Mas Selamat :-

Kawalan Singapura amat ketat. Tetapi bagaimanakah Mas Selamat boleh melarikan dirinya.
Saya rasa dia mempunyai ilmu-ilmu untuk melarikan dirinya tanpa pengetahuan orang ramai.
Ia sungguh menyeramkan. Mana tahu dia tiba-tiba muncul di hadapan pintu rumah. Seram kan tu ! Haha..

cgfilza said...

Pada saya, hal pelariannya tidak menimbulkan sebarang kesan, cuma saya dengar-dengar disebabkan hal ini, sesiapa yang hendak ke Johor terpaksa menempuhi kesesakan - berjam-jam di jabatan imigresen Singapura - maklumlah pegawai yang bertugas terpaksa mengendalikan pemeriksaan penuh !!! Manalah tahu, kalau Mas Selamat terselit di mana-mana bahagian kenderaan !!! Heeheehee...Hai, menyusahkan betul !!!

cgfilza said...

Ish ish ish Aishah, bagaimana awak tahu dia ada ilmu ? Mmmmmm...tapi seram juga ya...

Anonymous said...

Pandangan saya tentang pelarian Mas Selamat adalah satu tindakan yang kurang cerdik.Sudah tentu rakyat Singapura akan berusaha untuk mencari Mas Selamat.Rakyat Singapura juga harus memainkan peranan dalam mencari Mas Selamat.Kerjasama mereka amatlah diperlukan jika mereka ternampak kelibat Mas Selamat.Ini dapat membantu polis-polis di Singapura untuk menjejaki Mas Selamat.Jadi,Mas Selamat,SERAHKAN DIRIMU KE PAK POLISI!!!!

cgfilza said...

Apakah agaknya ya reaksi awak jika ternampak dia ??? Beranikah awak bertindak selanjutnya Nana ?

SYASYA said...

mana tahu.
boleh "assume"..
agak-agak la. haha.

deaweena said...

Kepada Aisyah..

Adakah awak menyindir Seha..?
Hehee.
Tapi..ALLAH HU ALAM BISAWAB..
mana tahu dia memang boleh muncul depan pintu kita..

ZILAH ♥ said...

Pada pendapat saya, rakyat Singapura kini akan lebih awas akan pergerakkan sekeliling mereka. Singapura patut berasa khuatir kerana sesuatu perkara yang tidak kami sangkakan boleh berlaku pada bila-bila sahaja. Bagi saya, sejurus saya mendapat berita tentang pelarian Mas Selamat, rasa bimbang dan takut mula mengawasi diri saya. Saya tahu bahawa saya harus mula untuk berjaga-jaga dan ambil tindakan yang betul. Entah bagaimana dia dapat melarikan diri tetapi saya percaya bahawa dengan kawalan ketat dari pegawi polis, Mas Selamat akan ditangkap kembali.
-haqimah

SYASYA said...

haha.
oh tidak..
tapi mana la tauu kan. haha..
peace okay.

ZILAH ♥ said...

Pada pendapat saya, dengan kelarian Mas Selamat, polis-polis mengawal Singapura dengan lebih ketat lagi. Mungkin, Mas Selamat sudah tidak berada di Singapura lagi. Dia telah keluar dari Singapura.
-zilah(:

deaweena said...

Dan juga...
Ini adalah satu khabar yang mungkin tidak baik untuk rakyat Singapura..
Mungkin keselamatan rakyat Singapura boleh diancam/Tahu tak SEMUAA!

ZILAH ♥ said...

From a private investigator,Mas Selamat-Latest news,the escaped mas Selamat has entered m'sia.the m'sians have put signs all over the country. "SELAMAT DATANG!"

yours truly,
nasrul

cgfilza said...

Nasrul buat lawak HAHAHAHA !!!

hafiz said...

Saya amat terperanjat apabila membaca lapaoran mengenai Ketua JI Singapura Mas Selamat Bin Kastari telah melarikan diri Pusat Pertahanan Whiley. Ia sesuatu perkara yang aneh dan menghairankan. Kerana kawalan keselamatan di Singapura amat ketat. Pada pendapat saya, kita tidak seharusnya menyalahkan pihak kementerian.Di dalam hal ini semua rakyat singapura harus memainkan peranan. Dari situasi seperti ini, ia menunjukkan adakah kami sebagai rakyat Singapura bersedia menghadapi cabaran sepert ini? Sepandai tupai melompat, jatuh juga di tangan lawan.