Wahai pelajarku,
Hari ini, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat yang lengkap berdasarkan 'susunan idea' yang telah kamu lakarkan semalam. Kamu harus hantarkan tugas yang diseselesaikan di dalam kelas ke dalam projects area saya :
TUGASAN -----3N -----SKR-----Surat
Selamat Mengarang !!!!
CIkgu
29.8.07
27.8.07
Sesi Memberi Komen & Renungan
Kamu akan menyemak tugas rakan kamu ( tanpa perlu menandakan apa-apa) berdasarkan nota-nota yang telah saya lampirkan di dalam 'folder saya - 3N). Sila gunakan panduan di bawah untuk memastikan apa yang harus disemak :
Renungan Aisyah
Melalui apa yang telah dikatakan oleh Hanif, saya kini sedar bahawa.................
Selamat Bertugas !!!!
- format
- pendahuluan(susunan idea)
- isi - adakah hanya ada 1 isi utama untuk setiap perenggan isi ? Adakah isi tersebut dikembangkan ? Adakah contoh-contoh yang sesuai diberikan bagi menyokong isi tersebut ?
- penutup - adakah 'kata kunci' yang telah diajar di dalam kelas digunakan ?
Sila tuliskan komen-komen kamu mengikut urutan di atas ini. Sebelum memulakan penyemakan, sila tuliskan nama kamu terlebih dahulu. Kemudian tuliskan kamu akan memberi komen kepada....contoh
Hanif - komen untuk Aisyah
- format - Saya dapati......
- pendahuluan - pendahuluan kamu.....
- isi - .......
- .......
Renungan Aisyah
Melalui apa yang telah dikatakan oleh Hanif, saya kini sedar bahawa.................
Selamat Bertugas !!!!
2.8.07
Karangan Naratif 6 Ogos
Sila fikir-fikirkan isi untuk soalan karangan berikut ( Set Latihan 1 )
Soalan:
Sila selesaikan cerita berikut :
Aku tidak tahu mengapa ibu bapaku masih tidak mahu mempercayaiku walaupun sudah berkali-kali aku jelaskan kepada mereka yang aku tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Cikgu

11.4.07
Surat Tidak Rasmi
Wahai pelajarku, saya mohon ampun dan maaf kerana terlupa bahawa hari ini perpustakaan sekolah terpaksa ditutup disebabkan para guru akan bermesyuarat. Memandangkan perkara ini tidak dapat dielakkan, tugasan surat tidak rasmi itu bolehlah dibuat esok di perpustakaan dan dihantar ke folder saya pada hari yang sama. Bagi yang ingin menghantarkan tugasan melalui e-mel, bolehlah kamu berbuat demikian, selewat-lewatnya esok.
Cikgu
Cikgu
5.4.07
SKTR - Menyusun Idea & Menulis surat 11 April
Memandangkan terdapat masalah teknikal pada minggu lalu, kita akan teruskan dengan aktiviti mengisi lampiran B. Setelah itu, kamu dikehendaki memulakan surat kamu. Surat yang sudah selesai haruslah dihantar ke folder saya yang bertajuk SKTR April.
Selamat bertugas !
Cikgu
Selamat bertugas !
Cikgu
4.4.07
SKTR - Menyusun Idea 5 April
Baiklah, saya ingin ucapkan syabas kerana telah berjaya melalui sesi semalam. Bagi mereka yang masih mengayuh....cepat-cepat sedikit ya. Untuk hari ini, kita akan teruskan mengisi Lampiran B. Ingat pesanan saya :-
- Isi Utama = Idea utama yang akan disentuh dalam surat
- Penerangan = menerangkan / mengembangkan apa yang terkandung dalam ruangan Isi Utama.
Sila rujuk 'folder' saya untuk dapatkan contoh Lampiran B yang telah saya isikan.( Bagi mereka yang masih meraba-raba di dalam gelap.....:)

30.3.07
Surat Kiriman Tidak Rasmi 4 April
Sila kembali ke 'folder' saya untuk mendapatkan kertas latihan selanjutnya.
Taipkan soalan ke ruangan soalan.
Kemudian kembali ke laman utama blog ini.
Klik bahagian ''Comment" untuk berkongsi isi- isi yang telah kamu fikirkan.
Jangan ulang isi-isi yang telah disumbangkan oleh rakan-rakan ( kamu harus baca komen-komen lain ya ! ).
Jika tiada isi-isi utama lain yang boleh diberikan, tugas kamu selanjutnya adalah untuk mengembangkan isi-isi utama yang telah disumbangkan oleh rakan-rakan kamu itu.
Ingat, sebelum mengembangkan isi-isi utama itu, kamu harus salin semula ( salin & tampal ) isi utama yang ingin dikembangkan.
Cikgu
Kamu dikehendaki menyalin fail yang bertajuk : Latihan SKTR.doc ( ulang proses di atas )
Taipkan soalan ke ruangan soalan.
Kemudian kembali ke laman utama blog ini.
Klik bahagian ''Comment" untuk berkongsi isi- isi yang telah kamu fikirkan.
Jangan ulang isi-isi yang telah disumbangkan oleh rakan-rakan ( kamu harus baca komen-komen lain ya ! ).
Jika tiada isi-isi utama lain yang boleh diberikan, tugas kamu selanjutnya adalah untuk mengembangkan isi-isi utama yang telah disumbangkan oleh rakan-rakan kamu itu.
Ingat, sebelum mengembangkan isi-isi utama itu, kamu harus salin semula ( salin & tampal ) isi utama yang ingin dikembangkan.
Cikgu
29.3.07
Surat Kiriman Tidak Rasmi 29 Mac
Para pelajarku sekalian, pada hari ini kita akan melaksanakan beberapa tugas. Sila rujuk arahan di bawah ini dan fahamkan apa yang dikehendaki. Untuk sesi hari ini, kamu akan menggunakan blog ini dan juga 'folder' saya.
- Imbas kembali format SKTR. Isikan tempat kosong dalam kertas latihan yang telah dilampirkan di dalam 'folder' saya yang bertajuk Format SKTR.doc. Salin fail tersebut ke 'desktop' kamu ataupun ke dalam 'Workspace'. Kemudian lengkapkan latihan tersebut. Tukarkan nama fail ,('save as'), kepada nama kamu : contoh Naufal_Format SKTR.doc. Hantarkan semula ke 'folder' saya dalam bahagian 'TUGASAN'.
Cikgu
7.3.07
Salam Sejahtera
Wahai pelajar-pelajarku, ruangan ini diwujudkan khas untuk kegunaan kamu. Jika ada tugas-tugas yang perlu dilaksanakan di rumah ( mahupun di sekolah ), saya akan menggunakan ruangan ini. Bukanlah selalu ya. Dari itu, saya berharap kamu akan buat satu blog sekarang sebelum saya mula mengguna ruangan ini. Kunjungilah blog ini sekali lagi pada hujung minggu ini kerana saya akan memuatkan tugas cuti sekolah untuk kamu.
Selamat bercuti !
Cikgu
Selamat bercuti !
Cikgu
Subscribe to:
Posts (Atom)