24.2.09

Soalan SKR 6

Katika kamu berada di pusat pemeriksaan kastam Woodlands, kamu telah melihat seorang pegawai kastam telah menerima wang rasuah daripada salah seorang penunggang motorsikal warga Malaysia. Tuliskan sepucuk surat kepada pejabat imigresen untuk mengadukan hal tersebut.Nyatakan juga langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak imigresen untuk memastikan hal tersebut tidak akan berulang lagi.

Soalan SKR 5

Ketika berada di perpustakaan sekolah kamu, kamu mendapati sekumpulan pelajar sedang berkejar-kejaran dan membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman para pelajar yang lain sedang membaca di sana. Kamu mengenali para pelajar tersebut berasal dari kelas mana. Kamu pun mengambil keputusan untuk mengadukan hal ini kepada pengetua sekolah tersebut. Tuliskan sepucuk surat kepada pengetua sekolah dan menerangkan mengenai kelakuan pelajar itu serta tindakan yang boleh diambil ke atas mereka yang menyalahgunakan perpustakaan sekolah.

Soalan SKR 4

Ketika berada di dalam bas , kamu mendapati sekumpulan pelajar yang memakai pakaian seragam sedang berkelakuan kurang sopan sehingga mengganggu ketenteraman para penumpang yang lain. Kamu mengenali para pelajar tersebut berasal dari sekolah mana berdasarkan dari pakaian seragam mereka. Kamu pun mengambil keputusan untuk mengadukan hal ini kepada pengetua sekolah tersebut. Tuliskan sepucuk surat kepada pengetua sekolah dan menerangkan mengenai kelakuan pelajar itu.

Soalan SKR 3

Apabila kamu menghampiri blok kamu, kamu melihat ada seseorang yang telah membuang pasu bunga dari tingkat atas hingga ke bawah. Perbuatan ini sungguh membahayakan dan akan mencederakan sesiapa yang melintas di kawasan itu. Tuliskan sepucuk surat kepada Majlis Bandaran untuk melaporkan kejadian itu dan kesan yang akan timbul dari perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

Soalan SKR 2

Kamu mempunyai cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Oleh itu kamu bercadang untuk memohon bantuan biasiswa yang ditawarkan oleh Angkatan Karyawan Profesional ( AMP). TUliskan sepucuk surat kepada AMP untuk menyatakan mengapa kamu layak menerima bantuan biasiswa tersebut.

Soalan SKR 1

Baru-baru ini semakin ramai pendatang asing yang menetap di kawasan kejiranan kamu. Hal ini membimbangkan para penduduk setempat kerana ia akan menimbulkan masalah sosial di kawasan kamu. Tuliskan sepucuk surat kepada Anggota Parlimen di kawasan kamu untuk menyatakan keburukan yang akan berlaku jika tindakan segera tidak diambil.

Mencari Isi....

Untuk sesi hari ini saya perlu kamu mendapatkan isi-isi bagi soalan - soalan yang diberikan. Sila tuliskan nama masing-masing sebelum menyumbangkan isi-isi kamu. Kamu dikehendaki bertugas secara berkumpulan. 3 orang pelajar di dalam satu kumpulan. Pastikan salah seorang daripada anggota kumpulan kamu ada 'blog' supaya boleh menaikmuatkan isi-isi ke blog ini. Kamu diberikan masa selama 50 minit untuk melengkapkan tugas ini.