27.8.08

Latihan Intensif

Wahai para pelajarku sekalian,

Kurang seminggu, peperiksaan akan kunjung tiba. Saya faham ada antara kamu yang sudah muak dan jelak, bagai hendak muntah apabila dilontarkan dengan kertas latihan-kertas latihan. Tetapi saya juga akur bahawa ada segelintir pelajar saya yang ingin benar merealisasikan impian mereka untuk mendapatkan A dalam mata pelajaran ini. Dari itu, saya telahpun memuatnaikkan 5 Set Kertas Latihan untuk kamu ! Sila ke laman : tintaprss.edisi.com.sg Kalau sesat, tidak mengapa, kamu boleh dapatkan pautan lelaman tersebut dalam lelaman sekolah (PRSS). Selamat menduduki peperiksaan !!!

Cikgu