30.3.07

Surat Kiriman Tidak Rasmi 4 April

Sila kembali ke 'folder' saya untuk mendapatkan kertas latihan selanjutnya.


Kamu dikehendaki menyalin fail yang bertajuk : Latihan SKTR.doc ( ulang proses di atas )

Tukarkan nama fail kepada nama kamu : contoh Naufal_Latihan SKTR.doc.
Taipkan soalan ke ruangan soalan.

Kemudian kembali ke laman utama blog ini.
Klik bahagian ''Comment" untuk berkongsi isi- isi yang telah kamu fikirkan.
Jangan ulang isi-isi yang telah disumbangkan oleh rakan-rakan ( kamu harus baca komen-komen lain ya ! ).

Jika tiada isi-isi utama lain yang boleh diberikan, tugas kamu selanjutnya adalah untuk mengembangkan isi-isi utama yang telah disumbangkan oleh rakan-rakan kamu itu.
Ingat, sebelum mengembangkan isi-isi utama itu, kamu harus salin semula ( salin & tampal ) isi utama yang ingin dikembangkan.

Cikgu

29.3.07

Surat Kiriman Tidak Rasmi 29 Mac

Para pelajarku sekalian, pada hari ini kita akan melaksanakan beberapa tugas. Sila rujuk arahan di bawah ini dan fahamkan apa yang dikehendaki. Untuk sesi hari ini, kamu akan menggunakan blog ini dan juga 'folder' saya.

  • Imbas kembali format SKTR. Isikan tempat kosong dalam kertas latihan yang telah dilampirkan di dalam 'folder' saya yang bertajuk Format SKTR.doc. Salin fail tersebut ke 'desktop' kamu ataupun ke dalam 'Workspace'. Kemudian lengkapkan latihan tersebut. Tukarkan nama fail ,('save as'), kepada nama kamu : contoh Naufal_Format SKTR.doc. Hantarkan semula ke 'folder' saya dalam bahagian 'TUGASAN'.

Cikgu

7.3.07

Salam Sejahtera

Wahai pelajar-pelajarku, ruangan ini diwujudkan khas untuk kegunaan kamu. Jika ada tugas-tugas yang perlu dilaksanakan di rumah ( mahupun di sekolah ), saya akan menggunakan ruangan ini. Bukanlah selalu ya. Dari itu, saya berharap kamu akan buat satu blog sekarang sebelum saya mula mengguna ruangan ini. Kunjungilah blog ini sekali lagi pada hujung minggu ini kerana saya akan memuatkan tugas cuti sekolah untuk kamu.

Selamat bercuti !

Cikgu